Innovator
Sangkar Penyembelihan Mudah Alih ialah alat inovatif untuk memudahkan proses penyembelihan lembu dengan lebih selamat dan efisien. Diperbuat daripada besi kukuh dan dilengkapi empat roda, sangkar ini mudah digerakkan. Lembu dimasukkan ke dalam sangkar dan dikunci menggunakan rangka besi bersaiz 4x6 kaki bagi menghalang pergerakan, dengan ruang khas untuk kepala lembu semasa penyembelihan. Sangkar juga boleh ditumbangkan untuk meletakkan lembu dalam posisi mengiring, memudahkan proses penyembelihan dengan selamat dan sistematik, sekaligus meningkatkan produktiviti dan keselamatan pekerja.