Innovator
Mesin Memproses Tepung Lemantak ialah inovasi Puan Hajiah bt Rebi dari Mukah untuk memudahkan penghasilan tepung lemantak, makanan tradisi kaum Melanau Sarawak. Tepung lemantak diperoleh daripada isi pokok sagu, atau ripo. Mesin ini direka bagi menambahbaik kualiti tepung berbanding kaedah tradisional, mempercepat proses penghasilan, dan memastikan hasil lebih konsisten. Produk ini memudahkan pengusaha tempatan dalam memproses lemantak secara lebih efisien sambil mengekalkan nilai tradisi dan keaslian makanan tempatan.