Innovator
RPS Fire Nozzle ialah alat serbaguna yang diperbuat daripada paip keluli dikimpal dan boleh dipasang pada hos nozzle Jabatan Bomba. Kecekapannya telah diuji dan disahkan oleh pihak bomba. Produk ini mudah alih, sesuai digunakan di kawasan luas, dan membantu menjimatkan masa ketika memadam kebakaran di tanah gambut. Selain itu, RPS Fire Nozzle dapat mengurangkan masalah pencemaran udara semasa operasi pemadaman. Walaupun kos prototaip RM300 agak tinggi untuk paip keluli biasa, alat ini menawarkan keberkesanan dan keselamatan tinggi dalam pengurusan kebakaran.