Innovator
Alat Mengangkut Kubota (AMT 10) ialah inovasi untuk menarik pembajak kecil menggunakan motosikal, memudahkan pergerakan ke lokasi sawah bagi tujuan pembajakan. Alat ini dilengkapi sistem brek, lampu isyarat membelok, dan besi penghadang bagi keselamatan penunggang. Penggunaan AMT 10 bukan sahaja mempercepatkan perjalanan tetapi juga mengurangkan kerosakan jalan. Ujian menunjukkan alat ini berkesan dan mampu meningkatkan produktiviti serta pendapatan pengguna dalam sektor pertanian.