Jejak Inovasi

Sarung Dan Hulu Serta Peralatan Membuat Senjata Tradisional

Seni pembuatan sarung dan hulu senjata tradisional ini menampilkan inovasi unik melalui penggunaan bahan kitar semula seperti plastik terpakai, tanduk kerbau betina dan berus gigi terpakai. Pendekatan ini bukan sahaja menyerlahkan kreativiti tinggi, malah menyokong amalan mesra alam. Selain bahan terpakai, penghasilan turut menggunakan kerongsang, tanduk seladang dan rusa, kayu pokok ciku serta pokok pain yang jarang didapati di dalam negara. Keistimewaan produk ini terletak pada gabungan nilai tradisional dan moden dengan sentuhan artistik yang halus. Walaupun berdepan kekangan peralatan khusus di pasaran, penghasil produk ini mengambil inisiatif mereka cipta sendiri alatan bagi memenuhi keperluan kerja-kerja rumit. Hasilnya, terlahir produk beridentiti tempatan yang kreatif, lestari dan bernilai tinggi dalam memartabatkan seni pertukangan tradisional negara.

2014 Tahun Projek

Location not found
× Fullscreen Image

Innovator

Muhammad Mazirullah b. Muhammad
Muhammad Mazirullah b. Muhammad