Innovator
Produk dihasilkan menggunakan bahan berkualiti seperti rotan jenis sege mas dan sege air bagi memastikan ketahanan dan kehalusan anyaman. Setiap produk dihasilkan dengan teliti melalui proses kerja tangan yang mengambil kira masa, ketelitian dan berat bahan. Inovasi utama yang diperkenalkan ialah alat pelentur buluh yang dicipta menggunakan kayu terpakai serta sepana daripada kayu pokok jambu. Inovasi ini membantu memudahkan proses melentur buluh yang sebelum ini dilakukan secara manual, sekali gus meningkatkan kecekapan dan kualiti hasil anyaman.