Innovator
Kopi Warisan diusahakan sejak tahun 2004 dengan penghasilan mencecah 1.8 tan sebulan. Inovasi utama ialah penggunaan mesin pemutar kopi buatan sendiri yang dikawal melalui sistem gear dan tali sawat. Pemanggangan menggunakan dapur arang kayu mengekalkan rasa asli. Produk ini tahan lama, mudah disimpan dan sesuai untuk pasaran tempatan. Potensi pengembangan ke luar negeri tinggi dengan penambahbaikan pembungkusan dan pelabelan.