Jejak Inovasi

Replika Senjata

Produk seni ukiran yang dihasilkan merupakan replika senjata tradisional, kapal layar mini, serta peralatan dapur seperti sudu, garfu, senduk dan sudip kayu. Semua hasil ukiran ini dibuat menggunakan kayu tembesu yang tahan serangga dan mempunyai urat halus, menjadikannya mudah dibentuk serta tahan lama. Proses penghasilannya dijalankan secara manual menggunakan peralatan asas seperti parang dan pisau lipat. Selain menggunakan kayu semula jadi, bahan terbuang seperti botol minuman turut dimanfaatkan bagi menghasilkan karya kreatif. Setiap rekaan menonjolkan kehalusan seni tradisional dan kreativiti tinggi dalam menzahirkan nilai estetika tempatan melalui hasil tangan yang unik, bernilai seni dan mesra alam.

2014 Tahun Projek

Location not found
× Fullscreen Image

Innovator

Haji Abdul Rahman
Haji Abdul Rahman