Innovator
Buntal Pangkor Design menghasilkan cenderamata unik berasaskan ikan buntal asli tanpa sebarang pengubahsuaian bentuk. Proses penghasilannya melibatkan kaedah tradisional seperti membuang isi dan perut ikan, menjemur serta mengeringkannya bagi mengekalkan keaslian dan ketahanan produk. Setiap hasil tangan menonjolkan keunikan semula jadi ikan buntal, menjadikannya produk bernilai estetik tinggi dan sesuai dijadikan hiasan atau cenderamata eksklusif. Dengan reka bentuk yang kreatif serta nilai keaslian yang tinggi, produk ini berpotensi besar untuk dikomersialkan di pasaran tempatan dan antarabangsa.