Innovator
Bahulu Gulung merupakan inovasi kuih tradisional yang dihasilkan dalam bentuk bergulung dengan pelbagai perisa moden seperti blueberry, strawberi dan nenas. Menggunakan resepi bahulu biasa, ia dibakar selama 15 minit dan menampilkan bentuk serta rasa yang unik. Inovasi ini menarik minat generasi muda dan sesuai untuk pasaran kuih moden serta tradisional. Produk ini berpotensi dikomersialkan secara meluas dengan penambahbaikan pembungkusan dan strategi pemasaran.