Innovator
Produk ini merupakan hulu dan sarung parang berasaskan kayu teras yang dihasilkan melalui proses pertukangan halus dan ukiran tradisional. Kayu daripada jenis Angsena, Sepetir dan Kemuning digunakan kerana ketahanannya serta corak semula jadi yang menarik. Setiap hulu dan sarung parang diukir dengan corak berinspirasikan seni ukiran dari pelbagai negeri seperti Sarawak, Kelantan dan Terengganu, menjadikannya unik dan bernilai estetika tinggi. Proses pembuatannya melibatkan pemilihan kayu, pemotongan mengikut saiz parang, pembentukan sarung menggunakan mata parang sebagai acuan, serta ukiran teliti menggunakan pisau ukir buatan sendiri. Selain itu, turut dihasilkan mata pisau daripada besi pemotong jalan (steel) yang lebih tajam dan tahan lama. Produk ini bukan sahaja berfungsi sebagai alat kegunaan harian, malah mempunyai nilai seni dan warisan pertukangan tempatan.