Innovator
Serunding Kampung ialah makanan warisan Suku Tiga Batu Negeri Sembilan yang diinovasikan oleh Puan Hasnah. Beliau menghasilkan serunding yang tahan lama dan kerepek ubi kentang yang lebih rangup. Produk ini sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti perkhemahan, ibadah haji dan kudapan harian. Tidak perlu dipanaskan sebelum dimakan dan mudah dibawa. Inovasi ini menjadikan makanan tradisional lebih praktikal dan berpotensi untuk pasaran kebangsaan dan antarabangsa.