Innovator
Produk inovatif ini ialah aiskrim berasaskan Panadol yang bertindak sebagai penghilang sakit (painkiller). Ia dirumus khas untuk individu, terutamanya kanak-kanak, yang sukar atau tidak gemar mengambil ubat dalam bentuk biasa ketika sakit. Bentuk aiskrim yang menarik memudahkan pengambilan ubat tanpa rasa pahit, sekali gus meningkatkan kepatuhan terhadap rawatan. Produk ini sesuai digunakan untuk merawat demam dan kesakitan ringan dengan cara yang lebih mesra pengguna.