Innovator
Moktey ialah inovasi produk makanan dan kesihatan berasaskan Cuka Rambutan dan Ekstrak Tembikai. Cuka Rambutan sebagai bahan utama menawarkan pelbagai manfaat kesihatan seperti membantu penghadaman, menurunkan berat badan dan meningkatkan kesihatan tubuh secara keseluruhan. Produk ini mengandungi kadar mineral yang tinggi dan dihasilkan dalam bentuk kecil bagi memudahkan pengguna membawanya ke mana-mana.
Selain menjadi alternatif baharu dalam pasaran produk kesihatan, Moktey turut membantu mengatasi isu lambakan buah rambutan tempatan serta menyokong ekonomi petani melalui konsep “perdagangan adil” (fair trade) yang memberi nilai tambah kepada hasil pertanian Malaysia.