Innovator
Blok Batik Boleh Ubah ‘Pointillism’ (BBP) ialah inovasi moden yang merevolusikan seni batik tradisional Malaysia. Direka dengan konsep fleksibel dan mesra pengguna, BBP membolehkan pelbagai corak batik dihasilkan hanya dengan satu blok boleh menjimatkan masa, ruang dan kos pengeluaran.
Kaedah unik menggunakan paku bagi membentuk corak titik serta tambahan plat logam untuk corak garis menjadikan hasil batik lebih kreatif dan moden, selaras dengan citarasa masa kini. Dihasilkan menggunakan teknologi mesin, BBP lebih ringan, tahan lama dan mudah dikendalikan berbanding blok tradisional. Inovasi ini bukan sahaja membantu pengusaha batik meningkatkan produktiviti dan kepelbagaian rekaan, malah berpotensi tinggi untuk dikomersialkan sebagai produk inovatif yang memelihara warisan batik sambil memperkenalkannya ke pasaran global.