MyIS Akar Umbi

Automatic Weavten Machine

Automatic Weavten Machine merupakan mesin tenunan tradisional yang diinovasikan dengan teknologi kejuruteraan moden bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam penghasilan kain tenunan bercorak Kaum Murut Bookan di Kampung Sook, Keningau, Sabah.

Inovasi ini dilengkapi dengan sistem pengaturcaraan dan pemantauan automatik bagi memastikan ketegangan benang dan corak tenunan kekal konsisten sepanjang proses penghasilan. Mesin ini turut menggunakan sistem ulang-alik Cuban berkelajuan sederhana, yang membolehkan proses tenunan dilakukan dengan lebih pantas, cekap dan berkualiti tinggi.

Selain itu, Automatic Weavten Machine turut dilengkapi dengan ciri keselamatan khas untuk melindungi pengendali serta mengurangkan risiko kemalangan semasa operasi. Inovasi ini bukan sahaja membantu memelihara warisan seni tenunan tradisional Murut Bookan, tetapi juga memodenkan proses pengeluaran bagi menjadikannya lebih mampan, efisien dan mesra pengguna

2023 Tahun Projek

JABATAN SENI TEKSTIL, KOLEJ PENGAJIAN SENI KREATIFKOMPLEKS ILHAM, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM), Selangor, Shah Alam
× Fullscreen Image

Innovator

RAHMAN BIN ROSMAN
RAHMAN BIN ROSMAN