Innovator
Serunding Lumek Salai ialah serunding unik menggunakan ikan lumek dari Sarawak yang dimasak tumis dan bakar supaya tahan lama dan boleh terus dimakan. Produk ini membuka peluang pendapatan baharu kepada nelayan dengan memanfaatkan ikan lumek yang sebelum ini kurang diminati kerana rupa fizikalnya. Ia mengekalkan citarasa tradisi Sarawak sambil menjimatkan masa pengguna dan mempromosikan hasil laut tempatan.