MyIS Komuniti

Inisiatif MyRESQ

MyResQ ialah inisiatif yang dibangunkan bagi meningkatkan kadar kelangsungan hidup mangsa henti jantung di luar hospital melalui gabungan teknologi dan latihan komuniti. Ia merangkumi dua komponen utama iaitu Aplikasi Mudah Alih MyResQ dan Program Latihan CPR. Aplikasi ini menghubungkan mangsa dengan penyelamat CPR serta AED terdekat, lengkap dengan fungsi pengaktifan kecemasan, pandu arah lokasi dan komunikasi terus. Latihan pula dilaksanakan secara bersemuka dan interaktif dalam aplikasi bagi meningkatkan kemahiran CPR masyarakat. Inisiatif ini memperkukuh kesiapsiagaan, mempercepatkan respon kecemasan dan menyokong misi menyelamat nyawa secara inovatif.

 Aplikasi MyResQ

Aplikasi MyResQ bertindak sebagai sebuah aplikasi telefon pintar yang menghubungkan penyelamat mahir CPR and AED terdekat dengan mangsa OHCA, untuk melancarkan intervensi awal sekali gus meningkatkan kadar kelangsungan hidup mangsa.

Ciri-ciri aplikasi ini termasuk:

  • Sistem Pengaktifan Kecemasan: Apabila insiden OHCA berlaku, pengguna aplikasi boleh mengaktifkan fungsi kecemasan yang menghantar notifikasi kepada penyelamat mahir CPR yang berada dalam lingkungan 500 meter dari mangsa. Selepas pengaktifan, aplikasi ini secara automatik akan menghubungi talian kecemasan 999 untuk memastikan bantuan kecemasan daripada hospital (ambulans) turut dimaklumkan.
  • Notifikasi kepada penyelamat mahir CPR yang berdaftar: Hanya penyelamat yang telah melalui proses saringan dan disahkan akan menerima notifikasi pengaktifan OHCA. Penyelamat berdaftar adalah mereka yang telah mengesahkan latihan dan kelayakan CPR mereka, kerana MyResQ berusaha untuk memastikan bantuan yang diberikan adalah daripada individu yang kompeten dan terlatih CPR.
  • Navigasi ke lokasi mangsa dan AED: Aplikasi ini menyediakan pandu arah kepada penyelamat mahir CPR untuk membimbing mereka ke lokasi mangsa dalam jarak sekitar 30 meter serta menunjukkan lokasi AED terdekat.
  • Saluran komunikasi antara penyelamat mahir CPR dan pengguna aplikasi: Setelah notifikasi diterima, penyelamat boleh membuat keputusan untuk bertindak. Sekiranya mereka memilih untuk bertindak, aplikasi membolehkan komunikasi melalui mesej teks antara penyelamat dan pengguna aplikasi yang berada di lokasi insiden bagi memudahkan koordinasi.

Komponen 2: Latihan dan Program Pengetahuan CPR

Komponen latihan melibatkan program pembelajaran berstruktur untuk meningkatkan kecekapan CPR di kalangan komuniti am melalui dua saluran utama:

  • Program Latihan Bersemuka: Melalui program latihan komuniti, Inisiatif MyResQ akan melatih pelbagai lapisan masyarakat, termasuklah pelajar-pelajar sekolah, agar mereka menjadi kompeten dalam CPR. MyResQ mempunyai kerjasama MOU yang dijalinkan dengan institusi seperti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi menyediakan latihan CPR yang terkini dan berasaskan bukti saintifik.
  • Latihan Menggunakan Aplikasi: Aplikasi MyResQ turut berfungsi sebagai platform latihan kendiri, membolehkan pengguna aplikasi mempelajari dan memperkasa pengetahuan CPR pada bila-bila masa melalui modul interaktif yang disediakan. Platfom ini dapat membantu melestarikan pengetahuan dan skil pengguna sebagai penyelamat mahir CPR kerana modul pembelajaran tersebut boleh diakses secara percuma sepanjang masa.

2024 Tahun Projek

Universiti Malaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
× Fullscreen Image

Innovator

MOHD AFIQ BIN MOHD NOR
MOHD AFIQ BIN MOHD NOR
MOHAMMAD AIZUDDIN BIN AZIZAH ARIFFIN
MOHAMMAD AIZUDDIN BIN AZIZAH ARIFFIN
LOH THIAN CHEE
LOH THIAN CHEE
MAYURA HANIS BINTI AHMAD DAMANHURI
MAYURA HANIS BINTI AHMAD DAMANHURI
MOHD HAFYZUDDIN BIN MD YUSUF
MOHD HAFYZUDDIN BIN MD YUSUF
MOHMMAD SALLEH BIN YAHYA
MOHMMAD SALLEH BIN YAHYA
MUHAMMAD KASHANI BIN MOHD KAMIL
MUHAMMAD KASHANI BIN MOHD KAMIL
SITI NUR ALIYAH BINTI ZAMBRI
SITI NUR ALIYAH BINTI ZAMBRI