MyIS Komuniti

Generative Flood Forecasting and Alert System di Komuniti Kelompok Seksyen 17

Sistem Ramalan dan Amaran Banjir Generatif ialah inovasi tempatan hasil kerjasama SEELAB, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan HS Innovators Sdn. Bhd. yang menyediakan ramalan dan amaran banjir masa nyata berasaskan IoT dan pembelajaran mesin (AI). Sistem ini menggabungkan sensor pintar bagi memantau hujan, paras sungai, kapasiti air, kelembapan tanah dan imej tapak untuk menghasilkan ramalan banjir yang tepat, seawal 7 hari (ketepatan tinggi) dan 30 hari (ketepatan sederhana) sebelum kejadian. Platform ini menampilkan papan pemuka interaktif yang mesra pengguna untuk pihak berkuasa, pasukan kecemasan dan orang awam mengakses data serta amaran banjir secara langsung. Dibangunkan secara kos efektif dan boleh disesuaikan dengan iklim tempatan, sistem ini telah digunakan di Shah Alam dan Klang, membantu mengurangkan risiko banjir melalui amaran awal, tindakan pantas dan perlindungan komuniti, selaras dengan matlamat ketahanan iklim dan pengurusan banjir lestari Malaysia.

2024 Tahun Projek

Kawasan Rukun Tetangga Rumah Kelompok Seksyen 17, Selangor, Shah Alam
× Fullscreen Image

Innovator

hairi ponichan
hairi ponichan