MyIS Komersial

KUNDASANG AQUAFARM

PERNYATAAN MASALAH 1. Para petani di Kundasang seringkali menghadapi masalah dengan kaedah pertanian tradisional. Penggunaan sumber tanah secara optimum dalam tempoh yang lama telah menyebabkan tanah tidak lagi dapat memegang nutrien untuk keperluan tumbesaran tumbuhan. Akibatnya para petani terpakasa mengeluarkan belanja yang besar untruk kos pembajaan dan racun serangga. Keadaan cuaca yang tidak menentu juga memberi kesan kepada para petani. Sebagai contoh ketika tragedi gempa bumi Ranau pada 5 Jun 2016 pada tahun lalu, sumber air untuk penyiraman sayur-sayuran telah rosak teruk. Ini mengakibatkan pengeluaran sayur-sayuran terjejas selama hamper 2 bulan. Ia telah memberi kesan buruk terhadap pengeluaran sayur-sayuran di Kundasang dan menjejaskan keperluan sayur-sayuran di seluruh sabah. 2. Pertanian tradisional juga mengakibatkan kerosakan alam sekitar yang serius seperti gelinciran dan hakisan tanah. Ia disebabkan oleh penerokaan tanah-tanah pertanian baru dengan memberishkan hutan, menebang pokok-pokok dan juga penggondolan kawasan bukit. 3. Sayur-sayuran di kundasang dikelapasti mempunyai kadar racun serangga yang tinggi menyebabkan kualiti sayur-sayuran diragui. Kerajaan Brunei telah melarang kemasukan sayur-sayuran di kundasang untuk dipasarkan di negara Brunei. KREATIVITI Kundasang Aquafarm adalah tawaran penyelesaian kepada semua permasalahan di atas. Ia adalah sebuah ladang yang mengaplikasikan teknologi hijau akuaponik dengan menggabungkan teknik akuakultur dan hidroponik. Ladang ini juga akan beroperasi menggunakan tenaga elektrik yang diperolehi dalripada tenaga solar. Pada waktu malam, ladang ini akan diberiken pencahayaan menggunakan LED berwarna merah jambu untuk mengggalakkan fotosestesisi dan seterusnya mempercepatkan pertumbuhan tanaman. KEBERKESANAN Ladang ini tidak memerlukan penyiraman, pembajaan dan juga mampu mengoptimumkan penggunaan ruang kecil untuk menghasilkan produktiviti yang besar. Kundasang Aquafarm adalah ladang akuaponik pertama yang seumpamanya di Ranau. KERELEVENAN Ia bakal menjadi ladang contoh kepada para petani di Kundasang terhadap perlaksanaan kaedah pertanian moden yang membantu memelihara alam sekitar tanpa perlu kepada penerokaan kawasan pertanian baru yang menjadi penyebab kepada masalah gelinciran tanah dan kesan pemanasan global di Kundasang. SIGNIFIKAN Kundasang Aquafarm akan dilaksanakan di Kundasang Ranau Sabah yang merupakan kawasan pengeluar utama sayur-sayuran tanah tinggi di Sabah. Kundasang terletak kira-kira 80 km daripada Kota Kinabalu Sabah dan berada di kedudukan strategik iaitu di antara laluan utama yang menghubungkan kawasan pantai barat dan pantai timur Sabah. Selain menjadi pengeluar utama sayur-sayuran tanah tinggi untuk keperluan 3 juta penduduk Sabah, geografi kundasang yang terletak di bawah kaki Gunung Kinabalu, mempunyai panorama indah, udaranya yang dingin dan segar serta mempunyai benyak produk pelancongan yang unik iaitu Desa Cattle Farm, War Memorial Kundasang, Luanti Fish Spa, Lohan paragliding dan Borneo ATV menjadikan Kundasang sebagai salah satu destinasi pelancongan terkenal di Malaysia yang mempu menarik lebih daripada 40,000 pelancong setiap bulan. Perlaksanaan Kundasang Aquafarm kelak akan menjadi salah satu tarikan produk agro pelancongan yang baru di Kundasang. KEBOLEHPASARAN 3 jenis produk utama iaitu sayuran, ternakan air tawar dan penjualan tiket lawatan ke ladang bagi aktiviti agropelancongan. Produk sayuran dan ternakan air tawar yang dikeluarkan adalah segar, organik, bebas racun serangga, diyakini & konsisten. Hasilnya kelak mampu dijual kepada resort-resort, hotel-hotel, pengusaha restoren dan juga dieksport ke Brunei Darussalam. Produk agropelancongan yang ditawarkan pula akan dimasukkan ke dalam pakej pelancongan persatuan homestay di Kundasang. Kundasang Aquafarm juga bakal menjadi ladang contoh kepada perlaksanaan teknologi hijau dalam pertanian yang mampu membantu menyelamatkan dan memulihara khazanh alam sekitar di Kundasang.

2016 Tahun Projek

Kg. Lembah Permai Kundasang, Sabah, Ranau
× Fullscreen Image

Innovator

Azizul Julirin
Azizul Julirin