Innovator
Penyedut Madu Kelulut ialah inovasi En. Razip dari Kg. Petani Sering, Kota Bharu, bagi memudahkan pengambilan madu kelulut secara cepat dan sistematik. Alat ini menggunakan tekanan untuk menyedut madu terus ke dalam botol, menjadikan proses lebih bersih dan efisien berbanding kaedah konvensional. Dikuasakan oleh bateri 12V, produk ini sesuai untuk pengusaha madu kelulut yang ingin meningkatkan pengeluaran, mengekalkan kualiti madu, dan mempercepatkan proses pengumpulan madu untuk pasaran.