Innovator
Perusahaan ini diasaskan oleh En. Mohd Nafi bin Ismail yang mengusahakan madu tualang bersama keluarganya. Bermula sebagai pencari madu hutan, beliau kini menghasilkan pelbagai produk berasaskan madu seperti Madu Tongkat Ali Ginseng dan madu khas untuk pesakit kencing manis. Produk ini telah dianalisis oleh MARDI dan mempunyai nilai kesihatan tinggi.