Innovator
Ketupat Panjang ciptaan Pn Zaliha menggunakan daun nipah sebagai alternatif kepada buluh. Bentuknya unik dan mudah dianyam, menjimatkan masa memasak daripada tiga jam kepada satu jam. Sesuai untuk pengeluaran besar sempena perayaan. Kos pembuatan lebih rendah dan hasil lebih banyak. Inovasi ini memudahkan penyediaan ketupat dan sesuai dijadikan pengganti lemang dalam festival seperti Hari Raya.