Innovator
Produk ini terdiri daripada keris, parang dan sarung senjata yang dihasilkan menggunakan bahan kitar semula seperti besi sabit kelapa sawit terpakai dan tanduk kerbau balau bagi bahagian hulu. Sarung senjata pula diperbuat daripada kayu yang diperoleh dari sekitar kampung. Pembuatan setiap senjata menonjolkan kemahiran pertukangan tradisional yang halus serta nilai seni warisan Melayu. Produk ini bukan sahaja berfungsi sebagai senjata hiasan dan koleksi, malah turut digunakan sebagai prop dalam produksi drama dan filem. Inovasi dalam penggunaan bahan terpakai menjadikan hasil seni ini lebih lestari, unik dan bernilai tinggi dari segi estetika serta budaya.