Jejak Inovasi

Batik Inovasi

Perusahaan batik ini berasaskan kemahiran seni mencanting tradisional yang menekankan rekaan corak batik menarik serta mengikut trend semasa. Operasi bermula secara kecil di bengkel belakang rumah dan kini berkembang dengan tenaga kerja mahir bagi memenuhi permintaan pelanggan. Produk utama merangkumi batik lukis untuk pakaian serta kraf tambahan seperti wau dan bingkai hiasan dinding yang dihasilkan daripada lebihan kain. Inovasi ini bukan sahaja menjana pendapatan tambahan tetapi juga mengurangkan pembaziran bahan. Motif yang digunakan berinspirasikan unsur tradisional, flora dan fauna, geometrikal serta semi abstrak. Cabaran utama perusahaan ini ialah kesukaran mengeringkan kain ketika musim hujan akibat ruang dan kemudahan jemuran terhad. Bagi mengekalkan pengeluaran konsisten, penambahbaikan bengkel atau kemudahan pengeringan yang lebih berkesan amat diperlukan agar proses mencanting batik dapat diteruskan sepanjang tahun.

2014 Tahun Projek

Location not found
× Fullscreen Image

Innovator

Amidi Muhammad
Amidi Muhammad