Innovator
Produk berasaskan tembaga ini dihasilkan menggunakan teknik etching, iaitu kaedah menghakis permukaan logam dengan asid atau mordan bagi membentuk corak timbul dan tenggelam yang unik. Prosesnya melibatkan reka bentuk corak melalui komputer, penyediaan pelekat perlindungan, serta penggunaan cat khas untuk menghasilkan kesan ukiran halus pada permukaan tembaga. Kaedah ini memberikan ketepatan, keunikan dan nilai seni tinggi berbanding teknik tuangan biasa. Selain produk tembaga, perusahaan ini turut menghasilkan barangan logam lain seperti keluli dan aluminium serta pelbagai produk komersial termasuk papan tanda, kotak cenderamata dan papan perasmian. Teknik ini mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan sebagai inovasi tempatan yang memperkaya industri kraf logam negara.