Innovator
Laksam sejukbeku merupakan inovasi makanan tradisional Kelantan yang diperbuat daripada beras dan dihidangkan bersama kuah santan ikan serta sayuran mentah. Produk ini ialah laksam sejukbeku pertama di Malaysia, menjadikannya mudah disimpan, dibawa dan disediakan. Ia mengekalkan rasa asli dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Inovasi ini memanjangkan jangka hayat laksam dan memudahkan pengedaran ke pasaran lebih luas, termasuk pelancong dan pengguna luar Kelantan.