Innovator
Ketupat Palas Sejuk Beku dihasilkan dengan teknik kebersihan tinggi, termasuk penggunaan sarung tangan khas semasa pengisian beras pulut. Inovasi terbaharu ialah ketupat berinti rendang, menjadikannya lebih praktikal dan menjimatkan masa penyediaan. Ketahanan produk mencecah tiga bulan jika disimpan pada suhu -2°C. Sesuai untuk tempahan berskala besar seperti istana dan majlis perayaan, produk ini berpotensi dikomersialkan secara meluas.