Innovator
Pembuatan dan pengeluaran mee siput telah di usahakan oleh Puan Siti Awa hampir 10 tahun. Beliau merupakan satu-satunya pengusaha mee siput melayu di dalam Negeri Sembilan, tetapi beliau hanya mengedarkan produk mee siput ini hanya di sekitar daerah jempol. Mee siput yang dihasilkan oleh Pn. Siti Awa lebih rangup dan sedap apabila di goreng. Menurut beliau lagi, mee siput yang dihasilkan tidak dicampur dengan bahan pengawet dan tidak mempunyai rasa kapur kerana beliau membuat bancuhan dengan sukatan bahan-bahan yang betul. Terdapat 2 mesin yang digunakan dalam penghasilan mee siput ini iaitu mesin pembancuhan bahan-bahan dan mesin untuk membuat mee sebelum di gulung manjadi mee siput. Hal ini, dapat mengurangkan tenaga untuk mengaul bahan- menggunakan tangan. Cara pembuatan ini adalah semi-manual dimana untuk membuat siput, Pn. Siti Awa perlu menjadikan siput menggunakan tangan.