Innovator
Produk ini merupakan bunga pahar yang dihasilkan menggunakan bahan semula jadi daripada daun getah. Proses pembuatannya melibatkan lima peringkat utama iaitu perendaman daun, pembersihan, pengeringan, anyaman dan pewarnaan. Kaedah ini menggunakan bahan mudah didapati dan mesra alam, menjadikan kos penghasilan rendah tanpa menjejaskan mutu produk. Bunga pahar yang dihasilkan mempunyai reka bentuk menarik, tahan lama serta menonjolkan keunikan bahan tempatan. Produk ini berfungsi sebagai hiasan tradisional yang sesuai digunakan dalam pelbagai majlis, di samping membuka peluang menjana pendapatan tambahan kepada pengusaha luar bandar.