Innovator
Teh Selasih dihasilkan daripada bunga, daun dan dahan pokok selasih yang dikeringkan menggunakan udara panas dan dikisar halus sebelum dipaket dalam bentuk uncang. Diproses di kilang kontrak di Rembau, teh ini mempunyai khasiat untuk merawat semput, lelah, alahan, ketagihan dadah dan meningkatkan tenaga. Ia juga membantu mengawal selera makan dan sesuai untuk pengguna yang mengalami masalah berat badan. Produk ini berpotensi tinggi dalam pasaran herba kesihatan.