Innovator
Projek ini menampilkan pendekatan kreatif menggunakan animasi wayang kulit dengan watak tempatan serta persembahan dikir barat sebagai medium penyampaian maklumat. Inisiatif ini bertujuan mendidik masyarakat tentang kepentingan kawalan ubat-ubatan dan kosmetik agar lebih peka terhadap keselamatan dan kualiti produk yang digunakan. Melalui gabungan unsur budaya tradisional dan teknologi digital, projek ini berjaya menarik minat khalayak, khususnya masyarakat Kelantan, untuk memahami mesej kesihatan dengan lebih mudah dan berkesan.