Innovator
Produk inovasi ini ialah kertas pembungkus nasi lemak berasaskan serbuk halia. Penambahan serbuk halia semula jadi pada kertas ini berfungsi sebagai agen antimikrob, hasil kajian saintifik yang membuktikan halia mengandungi bahan aktif yang mampu menghalang pertumbuhan mikroorganisma. Melalui inovasi ini, nasi lemak yang dibungkus menggunakan kertas penginovator dapat bertahan sehingga 23 jam, berbanding hanya 13 jam apabila menggunakan kertas biasa. Inovasi ini bukan sahaja memanjangkan jangka hayat makanan, tetapi juga mengekalkan aroma, rasa, dan kesegaran nasi lemak. Kertas pembungkus ini merupakan alternatif mesra alam dan selamat digunakan, sesuai untuk peniaga makanan serta pengguna yang mementingkan kualiti dan keselamatan makanan.